Memaparkan catatan dengan label album. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label album. Papar semua catatan

TRANSFORMASI PSS SK PAK BA FASA PERTAMA

2009-2010 - Tanpa memulakan langkah pertama maka kita pasti tidak akan sampai ke destinasi. Maka kami mulakan langkah itu. Alhamdulillah, ruyung telah berjaya dipecahkan hasil kerjasama GPM, Guru Perpustakaan, Guru ICT, EIO dan Pengawas Perpustakaan jua dibantu oleh guru-guru serta sokongan daripada Guru Besar SK Pak Ba iaitu Tuan Haji Mazuki A Ghani. Ruyung dipecahkan maka inilah sagunya. Transformasi PSS SK Pak Ba melibatkan perubahan dari segi warna PSS, decorasi serta susun atur perabut. Ini adalah peringkat awal transformasi PSS yang mampu dilaksanakan dengan kudrat keringat dan juga sumber kewangan yang tidak seberapa. Tapi tidak mengapa kerana "Sikit-sikit lama-lama jadi cantik".

Sudut Diskusi murid-murid dengan GPM
Kaunter pertanyaan, pinjaman dan pemulangan buku

Decorasi dinding yang mana diperbuat daripada polisterin dan kertas pembalut hadiah

Susunan perabot yang lebih tersusun

Bilik GPM yang dulunya stor


Ruang bacaan
Ruang sijil dan piala
Gambaran keseluruhan Transformasi PSS SK Pak Ba Fasa 1

Ruang bacaan
Ruang mesyuarat

Menuju ke pintu masuk bilik GPM SK Pak Ba



Dari Pena Pengarang : Saya selaku GPM berterima kasih banyak kepada Guru Perpustakaan, Guru ICT, EIO, guru-guru dan terutamanya kepada Pengawas Perpustakaan yang sangat komited dalam melakukan tranformasi PSS SK Pak Ba fasa pertama kearah yang lebih kondusif, kemas, selesa seterusnya selamat digunakan. Tak sungguh tak melata, tak sungguh memang tak kata. Untuk melakukan perubahan apa yang penting adalah kehendak serta kemahuan serta yang paling mustahak adalah kekuatan untuk memulakan langkah pertama. Tanpa mulakan langkah pertama kita tidak akan ke mana-mana. Hanya di situ selamanya. Chaiyokkk!!!!!!


SK PAK BA PERMATA DISEBALIK KACA


SK Pak Ba merupakan sebuah sekolah kurang murid (SKM) dengan hanya mempunyai bilangan murid seramai 80 oarang sahaja dari Pra sekolah hingga Tahun 6.Terletak dikawasan luar bandar di Daerah Setiu yang paling dekat iaitu 45 km dengan bandar Kuala Terengganu.  Terdapat 70 buah rumah di persekitaran Kampung Pak Ba yang menjadi payung kepada murid SK Pak Ba. Kebanyakan penduduk bekerja di kebun getah manakala selebihnya pekerja ladang kelapa sawit berdekatan serta bekerja sendiri. Bangunan sekolah sekarang telah dipindahkan dari tapak asal pada akhir tahun 1987 kerana sering dilanda banjir terutamanya pada musim tengkujuh. Di sinilah terletaknya sebuah gedung ilmu yang menjadi nadi ilmu iaitu PUSAT SUMBER SEKOLAH SK PAK BA.

Jaluran kuning dan merah adalah jalan menuju ke SK Pak Ba. Jika musim tengkujuh jambatan yang merentasi sungai akan ditenggelami air.

Inilah Kampung Pak Ba yang masih dikelilingi dengan kehijauan hutan dan bukit bukau.

Kawasan SK Pak Ba yang menjadi kebanggan penuduk kampung.Di blok tengah itulah terletaknya gedung ilmu Pusat Sumber Sekolah SK Pak Ba.

Dari pena pengarang : Saya amat bersyukur di "posting' kan sebagai guru di SK Pak Ba. Pada mulanya rasa janggal juga sebab dah biasa tinggal dibandar tetapi bila dah lama-lama saya rasa seronok mengajar di sini dengan murid-murid yang sangat baik, rakan-rakan guru yang sangat komited seterusnya penuduk kampung yang sangat memberikan kerjasama dalam memastikan kecemerlangan sekolah dan kejayaan anak murid. Suasananya juga aman, menyenangkan dan mendamaikan.



BENGKEL PEMBINAAN BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH

24-25 September 2012, bertempat di PKG Permaisuri, Setiu - Berlangsungnya satu bengkel Pembinaan Blog Pusat Sumber Sekolah yang melibatkan Guru Perpustakaan Media (GPM) bagi PKG Langkap, Setiu, Terengganu. Antara Sekolah-sekolah yang terlibat adalah GPM dari SK Kampung Jaya, SK Kg. Fikri, SK Lubuk Teras, SK Sungai Las, SK Sungai Tong, SK Chalok dan beberapa buah sekolah lagi serta tak terkecuali GPM dari Sk Pak Ba. Pelbagai langkah telah diajar dan ditunjukkan oleh Jurulatih Utama PKG Langkap iaitu En. Nor Azwari Bin Che Mt Noor. 

Para peserta sedang khusyuk mendengar taklimat daripada  pakar
Langkah-langkah pembinaan blog
Penerangan daripada En. Noor Azwari Bin Che Mt Noor
Percubaan awal GPM SK Pak Ba dalam menghasilkan blog PSS SK Pak Ba
Bengkel Pembinaan Blog PSS

Dari pena pengarang : Saya selaku GPM SK Pak Ba sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai bengkel ini kerana saya tidak pernah arif dalam membuat laman blog. Pernah cuba untuk ambil tahu tetapi hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam kerana beranggapan ianya sangat sukar dan terlalu rumit. Tetapi dengan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang bengkel ini, saya akan cuba mengaplikasikannya sebaik mungkin terutamanya untuk hebahan informasi PSS SK Pak Ba. Saya dengan besar hati mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam bengkel ini atas tunjuk ajar yang diberikan. Chaiyyokkkk!!!!