28-30 Oktober 2010, Pihak pengurusan SK Pak Ba yang diketuai oleh PK KO telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Kuala Lumpur dan Pahang selama 3 hari 2 malam. Lawatan ini telah disertai oleh murid-murid Tahun 6 khususnya, murid-murid tahap dua yang terpilih, AJK PIBG dan juga guru-guru. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid SK Pak Ba tentang perkembangan dunia luar kerana murid-murid SK Pak Ba keseluruhannya tinggal di kawasan luar bandar. Ini merupakan satu peluang kepada murid-murid untuk mempelajari sesuatu yang tiada di kampung mereka atau hanya sekadar menontonnya di televisyen. Antara tempat yang dilawati adalah seperti Putrajaya, Stadium Bukit Jalil, Stesen LRT, Zoo Negara dan beberapa buah tempat lagi. Seiring dengan kata kiasan "Jauh perjalananan luaslah pemandangan".
|
Membaca jambatan ilmu |
|
Lihat, Fikir dan Kaji |
|
Kagum dengan senibina pintu gerbang yang gah. |
|
Pertama kali naik LRT |
|
Kini Masjid Putrajaya di depan mata. |
|
Pameran Tokoh-tokoh Islam |
|
Tiru gaya seladang |
|
Di Kampung Pak Ba tiada zirafah |
|
Beramah mesra dengan gajah |
|
Jauh perjalanan luas pemandangan |
Dari Pena Pengarang : Saya dengan penuh keyakinan amat bersetuju program seumpama ini dilaksanakan kerana dengan adanya program seperti ini dapat memberikan peluang kepada murid-murid terutamanya murid-murid pedalaman atau luar bandar menerokai satu dunia baru yang saya pasti ada diantara mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Cuma yang menjadi pemasalahan di sini ialah sumber kewangan yang terhad yang menjadikan program seperti ini "biskut chips more.. sekejap ada sekejap tidak ada".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan