SK Pak Ba merupakan sebuah sekolah kurang murid (SKM) dengan
hanya mempunyai bilangan murid seramai 80 oarang sahaja dari Pra sekolah hingga
Tahun 6.Terletak dikawasan luar bandar di Daerah Setiu yang paling dekat iaitu
45 km dengan bandar Kuala Terengganu.
Terdapat 70 buah rumah di persekitaran Kampung Pak Ba yang menjadi
payung kepada murid SK Pak Ba. Kebanyakan penduduk bekerja di kebun getah
manakala selebihnya pekerja ladang kelapa sawit berdekatan serta bekerja
sendiri. Bangunan sekolah sekarang telah dipindahkan dari tapak asal pada akhir
tahun 1987 kerana sering dilanda banjir terutamanya pada musim tengkujuh. Di
sinilah terletaknya sebuah gedung ilmu yang menjadi nadi ilmu iaitu PUSAT
SUMBER SEKOLAH SK PAK BA.
|
Jaluran kuning dan merah adalah jalan menuju ke SK Pak Ba. Jika musim tengkujuh jambatan yang merentasi sungai akan ditenggelami air. |
|
Inilah Kampung Pak Ba yang masih dikelilingi dengan kehijauan hutan dan bukit bukau.
|
|
Kawasan SK Pak Ba yang menjadi kebanggan penuduk kampung.Di blok tengah itulah terletaknya gedung ilmu Pusat Sumber Sekolah SK Pak Ba. |
Dari pena pengarang : Saya amat bersyukur di "posting' kan sebagai guru di SK Pak Ba. Pada mulanya rasa janggal juga sebab dah biasa tinggal dibandar tetapi bila dah lama-lama saya rasa seronok mengajar di sini dengan murid-murid yang sangat baik, rakan-rakan guru yang sangat komited seterusnya penuduk kampung yang sangat memberikan kerjasama dalam memastikan kecemerlangan sekolah dan kejayaan anak murid. Suasananya juga aman, menyenangkan dan mendamaikan.
Wow tahniah dgn kelahiran blog pssskpakba ni. Sgt cantik dan hebat. Semoga bermanfaat untuk semua warga sk pak ba dan guru2 1 malaysia.
BalasPadamTerima kasih Cikgu Sarifuddin from sarawak. Moga-moga memberikan manfaat untuk semua pihak terutamanya GPM seluruh Malaysia. Tapi tak dapat tandingi ketabahan Cikgu Saifuddin menggajar di pedalaman Sarawak.
PadamAsslamualaikum, cg....saya seorang bekas tenaga pengajar di sk pak ba tahun 89 hingga 91 dahulu. Banyak memori sewaktu di sana..Kini saya di sk tanjong agas, port dickson..cg wan zahari
BalasPadam