JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG

2008 - Beginilah keadaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang dulunya hanya dikenali dengan nama perpustakaan sekolah pada sekitar 2006 hingga 2009. Mungkin terlalu banyak halangan terutamanya dari segi peruntukan, kemahiran serta tenaga kerja menyebabkan perubahan PSS SK Pak Ba agak lambat dan perlahan. Pertukaran Guru Perpustakaan saban tahun jugak menyebabkan PSS SK Pak Ba sentiasa di dalam dilema. Ini memberikan cabaran besar kepada GPM, Guru Perpustakaan, Guru ICT, EIO serta Pengawas Perpustakaan untuk memberikan wajah baru kepada PSS SK Pak Ba. Ketika ini aktiviti perpustakaan agak terhad dan perpustakaan jarang digunakan disebabkan faktor persekitaran yang tidak kondusif. Seluruh warga kerja PSS SK Pak Ba bertekad untuk melakukan perubahan kerana "Jika Tidak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya".

Ruang bacaan yang kurang kondusif

Ruang yang sempit menghadkan susunan rak dan perabot

Ruang yang ada tidak digunakan sebaik mungkin


Lambakan stok buku

Kaunter pinjaman dan pemulangan yang tidak terurus

Rak yang terabai


Dari Pena Pengarang : Dari apa yang saya perhatikan, perpustakaan ketika ini tidak cukup kondusif. Kekadang tempat ini dijadikan tempat bermain sorok-sorok dikalangan murid-murid. Comelkan. "So sweet". Difikiran saya adakah pepustakaan ini adalah tempat yang menyeronokkan dijadikan sebagai tempat bermain sorok-sorok? Alangkah baiknya jika jadikan perpustakaan ini sebagai tempat menyeronokkan untuk membaca dan mengulangkaji pelajaran. Maka saya selaku GPM dengan kerjasama Guru Perpustakaan, Guru ICT, EIO dan Pengawas Perpustakaan bertekad untuk "memecahkan ruyung" itu. Chaiyyokkk!!!!!!

SK PAK BA PERMATA DISEBALIK KACA


SK Pak Ba merupakan sebuah sekolah kurang murid (SKM) dengan hanya mempunyai bilangan murid seramai 80 oarang sahaja dari Pra sekolah hingga Tahun 6.Terletak dikawasan luar bandar di Daerah Setiu yang paling dekat iaitu 45 km dengan bandar Kuala Terengganu.  Terdapat 70 buah rumah di persekitaran Kampung Pak Ba yang menjadi payung kepada murid SK Pak Ba. Kebanyakan penduduk bekerja di kebun getah manakala selebihnya pekerja ladang kelapa sawit berdekatan serta bekerja sendiri. Bangunan sekolah sekarang telah dipindahkan dari tapak asal pada akhir tahun 1987 kerana sering dilanda banjir terutamanya pada musim tengkujuh. Di sinilah terletaknya sebuah gedung ilmu yang menjadi nadi ilmu iaitu PUSAT SUMBER SEKOLAH SK PAK BA.

Jaluran kuning dan merah adalah jalan menuju ke SK Pak Ba. Jika musim tengkujuh jambatan yang merentasi sungai akan ditenggelami air.

Inilah Kampung Pak Ba yang masih dikelilingi dengan kehijauan hutan dan bukit bukau.

Kawasan SK Pak Ba yang menjadi kebanggan penuduk kampung.Di blok tengah itulah terletaknya gedung ilmu Pusat Sumber Sekolah SK Pak Ba.

Dari pena pengarang : Saya amat bersyukur di "posting' kan sebagai guru di SK Pak Ba. Pada mulanya rasa janggal juga sebab dah biasa tinggal dibandar tetapi bila dah lama-lama saya rasa seronok mengajar di sini dengan murid-murid yang sangat baik, rakan-rakan guru yang sangat komited seterusnya penuduk kampung yang sangat memberikan kerjasama dalam memastikan kecemerlangan sekolah dan kejayaan anak murid. Suasananya juga aman, menyenangkan dan mendamaikan.



BENGKEL PEMBINAAN BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH

24-25 September 2012, bertempat di PKG Permaisuri, Setiu - Berlangsungnya satu bengkel Pembinaan Blog Pusat Sumber Sekolah yang melibatkan Guru Perpustakaan Media (GPM) bagi PKG Langkap, Setiu, Terengganu. Antara Sekolah-sekolah yang terlibat adalah GPM dari SK Kampung Jaya, SK Kg. Fikri, SK Lubuk Teras, SK Sungai Las, SK Sungai Tong, SK Chalok dan beberapa buah sekolah lagi serta tak terkecuali GPM dari Sk Pak Ba. Pelbagai langkah telah diajar dan ditunjukkan oleh Jurulatih Utama PKG Langkap iaitu En. Nor Azwari Bin Che Mt Noor. 

Para peserta sedang khusyuk mendengar taklimat daripada  pakar
Langkah-langkah pembinaan blog
Penerangan daripada En. Noor Azwari Bin Che Mt Noor
Percubaan awal GPM SK Pak Ba dalam menghasilkan blog PSS SK Pak Ba
Bengkel Pembinaan Blog PSS

Dari pena pengarang : Saya selaku GPM SK Pak Ba sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai bengkel ini kerana saya tidak pernah arif dalam membuat laman blog. Pernah cuba untuk ambil tahu tetapi hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam kerana beranggapan ianya sangat sukar dan terlalu rumit. Tetapi dengan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang bengkel ini, saya akan cuba mengaplikasikannya sebaik mungkin terutamanya untuk hebahan informasi PSS SK Pak Ba. Saya dengan besar hati mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam bengkel ini atas tunjuk ajar yang diberikan. Chaiyyokkkk!!!!